top of page

Cinta Aisyah & Tariq

Dengan lafaz Bismillah..... kami mulakan bicara. Alhamdulilah syukur atas segala nikmat kurniaan-Nya.

Pada hari ahad yang lepas, kami menjadi jurugambar rasmi untuk majlis pernikahan dan perkahwinan Aisyah & Tariq. Majlis akad nikah telah diadakan di Masjid Saidina Hamzah, Batu Muda, Batu Caves. Majlis akad nikah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Dengan sekali lafaz, Tariq dan Aisyah sah menjadi pasangan suami isteri. Selesai majlis akad nikah, kami mengajak Tariq & Aisyah bergambar outdoor diluar masjid sahaja. Al maklumlah, masa pun tak berapa nak cukup. Mereka perlu bersiap untuk majlis risepsi pada sebelah tengahari pulak. Walaupun hanya outdoor di luar masjid, moment tak mengecewakan.....

Pada sebelah tengahari, majlis risepsi mereka dilangsungkan di F.I.T Centre, Jalan Sentul Pasar Kuala Lumpur. Pertama kali kami ke sini. Majlis mereka sangat meriah dan Santai. Kehadiran saudara mara dan tetamu memeriahkan majlis mereka. Petang itu kami membuat sesi outdoor hanya disekitar F.I.T Centre sahaja. Lokasi ini cukup menarik dan bersih. Banyak gambar-gambar yang kami sempat rakamkan sepanjang hari penting mereka berdua.

Kami doakan kalian semoga bahagia hingga ke syurga hendak-Nya. Semoga diberikan anak dan keturunan yang baik-baik lagi soleh & solehah. Jumpa minggu hadapan untuk entry seterusnya......

DAPATKAN PAKEJ FOTO PERKAHWINAN TERBAIK HARI INI....... ig : @nusantaraphoto facebook : www.facebook.com/nusantaraphoto +60133809961 whatsapp & text

email : nusantaraphotocreative@gmail.com

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page