top of page

"Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” Tahniah Anw

Alhamdulilah, semoga kita memulakan hari dengan niat yang baik, perkara yang baik dan sentiasa bermotivasi. Baiklah entry pagi ini cerita sikit majlis akad nikah anwar dan nadia di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam. Selepas solat Isyak, majlis akad nikah diantara anwar dan nadia telah berlangsung. Dengan sekali lafaz mereka berdua sah menjadi suami isteri.

Majlis akad nikah meriah dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Majlis mereka selesai pada jam 11 malam.

“Ya Allah, satukanlah hati …………

Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” –Amin Ya Rabbal Alamin-

Insha allah hari ini majlis risepsi mereka di Dewan Ar-Raha, Shah Alam. Semoga majlis hari ini berjalan

lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin

Terima kasih juga diucapkan kepada team @faszcreativelensa dan @faszcreativeweddings

DAPATKAN PAKEJ FOTO PERKAHWINAN TERBAIK HARI INI....... ig : @nusantaraphoto Facebook : www.facebook.com/nusantaraphoto +60133809961 whatsapp & text

email : nusantaraphotocreative@gmail.com

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page