top of page

Majlis Perkahwinan anda pada tarikh "HOT DATE"





18.08.2018, tarikh menarik tu. "hot date" Mesti ramai yang merancang nak buat majlis perkahwinan dan kebetulan tarikh tersebut jatuh pada hari sabtu. Sejak awal tahun lagi kami dah mula menerima pertanyaan fotografi perkahwinan untuk tarikh 18.08.2018. TAPI...... tarikh ni kami dah ada customer yang booking awal, Se awal tahun 2017 lagi. Kami mohon maaf kepada semua ye.


Setiap tahun pasti ada tarikh-tarikh "hot date" yang di anggap istimewa dan menarik. Dan ramai juga bakal pasangan pengantin yang merancang mengabdikan hari bahagia mereka pada tarikh-tarikh tersebut. TAPI apa persiapan anda untuk memastikan "lock date" tarikh-tarikh "hot date" tersebut ?.


1.Membuat perancangan awal (paling lewat setahun sebelum tarikh istimewa tersebut).


2.Buat "servey" awal, paling penting dewan majlis. Pilih dewan yang bersesuaian dan mengikut bajet. Pastikan ada membuat temujanji dengan pemilik/penjaga/petugas Dewan untuk mendapatkan malumat lanjut berkenaan tempahan dewan. Jika di rasakan sesuai dan bajet dan tema. Terus "Lock date" dewan perkahwinan. Harga sewa dewan mungkin akan lebih sedikit mahal memandangkan "demand" untuk tarikh-tarikh tersebut.


3.Kami ada banyak terima pertanyaan "panggilan terakhir" AKA "last minute call" berkenaan pelbagai servis lain berkaitan majlis perkahwinan. Termasuklah perkhidmatan kami Jurugambar perkahwinan, Perkara ini seharusnya bakal pengantin dan keluarga mengambil berat. Kebanyakkan penyedia perkhidmatan ketika ini, jadual mereka telahpun penuh... MAKA terjadilah, pencarian pakej Katering, make-up, baju pengantin, jurugambar, TANGKAP MUAT dan ASALKAN ADA. Risiko makanan tak sampai, pelamin tak sama seperti apa yang di janjikan, jurugambar tak datang, mak andam lambat sampai tak jumpa lokasi rumah pengantin dan bermacam-macam lagi lah.


4. "Tok Kadi" atau juru nikah adalah watak utama untuk menjayakan majlis akad nikah anda. Kebiasaannya pada "hot date". "Tok Kadi" akan menerima banyak tempahan untuk majlis akad nikah. Pastikan anda membuat temujanji awal dan sentiasa mengemaskini kepada "Tok Kadi" berkenaan masa dan lokasi majlis akad nikah untuk memastikan majlis akad nikah berjalan dengen lancar seperti yang di rancang.




5.Setiap perkara mesti ada pro dan kontra. Memandangkan majlis anda di langsungkan pada tarikh "hot date", pasti ramai saudara mara, jiran tetangga, rakan-rakan mendapat banyak jemputan pada tarikh yang sama. Kita berharap majlis kita nanti di meriahkan dengan kehadiran mereka. TAPI...jangan terkejut kalau majlis anda nanti tanpa kehadiran mereka. Pasti mereka akan memilih "priority event" terlebih dahulu. Jika hadir pun, mungkin mereka tidak dapat menunggu anda untuk melihat majlis bersanding di atas pelamin. Mereka terpaksa meninggal majlis kita untuk ke majlis di tempat lain.


6.Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan penyedia majlis perkahwinan. Eloklah anda memilih bukan "hot date". Banyak kelebihan yang anda diperolehi. Banyak pilihan dan arga pakej yang lebih bersesuaian.


Semoga majlis anda nanti meriah dan berjalan lancar seperti yang di rancang...


amin


DAPATKAN PAKEJ FOTO PERKAHWINAN TERBAIK HARI INI....... ig : @nusantaraphoto Facebook : www.facebook.com/nusantaraphoto +60133809961 whatsapp & text

email : nusantaraphotocreative@gmail.com







Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page