Aturcara Majlis Perkahwinan
Kali ini kami kongsikan beberapa tips aturcara majlis perkahwinan berdasarkan pengalaman kami untuk rujukan anda.
Majlis Akad Nikah
9.00 pagi
-Majlis akad Nikah di Masjid atau di rumah pengantin.
*Kebanyakkan majlis Akad Nikah di buat sehari sebelum majlis bersanding.
Majlis Bersanding
10.30 pagi - Pengantin mula bersiap.
11.00 pagi - Kehadiran para tetamu ke majlis.
12.30 tengahari - 2.30 petang - Pengantin berarak masuk ke dalam dewan diiringi dengan paluan kompang.
-Pengantin naik ke pelamin.
-Bacaan doa dan selawat taslim.
-Salam dan menepung tawar (hadkan kepada beberapa tetamu yang penting dan ibu bapa pengantin sahaja). Tujuannya untuk mempercepatkan majlis
-Aturcara Makan Beradap/Santapan beradap.
-Aturcara memotong kek perkahwinan.
2.30 petang
Sesi fotografi bermula mengikut susunan.
-Ibu & bapa pengantin/besan.
-Adik beradik dan saudara mara.
-Sahabat handai dan rakan taulan.
-Para tetamu majlis.
3.30 petang
-Pengantin boleh berehat sebentar dan solat.
-Sesi pose fotografi di atas pelamin.
4.00 petang-6.00 petang
-Sesi outdoor (Berhampiran dengan lokasi majlis atau spesifik lokasi seperti yang telah di persetujui).
6.00 petang
-Majlis selesai dan pengantin dan jurugambar boleh balik berehat dan solat.
Selesai.
DAPATKAN PAKEJ FOTO PERKAHWINAN TERBAIK HARI INI....... ig : @nusantaraphoto Facebook : www.facebook.com/nusantaraphoto +60133809961 whatsapp & text
email : nusantaraphotocreative@gmail.com