top of page

Dari Keramat ke Pavilion Kuala Lumpur

Hari ini kami berada di Dewan Perdana, Keramat Mall untuk majlis risepsi mereka berdua. Pelamin yang di hias cantik, meja beradap, pelamin untuk memotong kek, meja para tetamu tersergam indah. Seawal jam 11 pagi, kehadiran saudara mara terdekat Ain Amirah dan Saiful Anuar memeriahkan lagi majlis. Katering menyediakan menu istimewa hari ini untuk menjamu seluruh tetamu hari ini.


Jam 12.30 tengahari, pengantin diarak masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin. Untuk sesi fotografi bersama keluarga dan tetamu bermula selepas majlis memotong kek perkahwinan. Selepas selesai semua majlis kami mencadangkan lokasi outdoor kepada Ain Amirah & Saiful Anuar. Kemana tu.....


Ha.ha. Kami ke PAVILION KUALA LUMPUR. Kali ini outdoor di tempat tumpuan ramai. Petang tu cuaca sangat baik, keadaan trafik pun tak jem sangat. Sampai Pavilion terus cari parking. Alhamdulilah semua urusan petang itu dipermudahkan. Bermulalah sesi outdoor petang tu di PAVILION KUALA LUMPUR......



Bukan mudah nak shoot outdoor di Pavilion ini. Ramai pelancong ingin mengambil kesempatan bergambar dengan Ain Amirah & Saiful Anuar. Agak menggangu sedikit, tapi kami tak salahkan pelancong, sebab kita tahu ini kawasan pelancongan dan tumpuan umum. So ini peluang mereka merakamkan moment di Kuala Lumpur. Bangga....ha.ha...


Bukan semua tempat kita boleh shoot suka hati di PAVILION KUALA LUMPUR ni. Security ada di mana-mana. Kena lebih bertolak ansur dengan mereka. Ikut cakap mereka.


Kat satu-satu tempat tu tak stay lama-lama. Sebab idea konsep outdoor petang ni "street outdoor".

Walaupun ada banyak cabaran, yang penting kepuasan kami untuk mendapatkan gambar-gambar terbaik untuk di memorikan di dalam album kahwin Ain Amirah & Saiful Anuar nanti.

Jam 6.30 petang kami selesai untuk sesi outdoor. Kami ada bertemu dengan pihak security PAVILION KUALA LUMPUR untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana memberi kami ruang dan peluang pada petang tadi.


Untuk masa hadapan, mana-mana jurugambar dan pengantin boleh memohon pas daripada pengurusan PAVILION KUALA LUMPUR sekurang-kurangya tiga hari sebelum sesi fotografi di buat.


Alhamdulilah selesai....


DAPATKAN PAKEJ FOTO PERKAHWINAN TERBAIK HARI INI....... ig : @nusantaraphoto Facebook : www.facebook.com/nusantaraphoto +60133809961 whatsapp & text

email : nusantaraphotocreative@gmail.com

DAPATKAN PAKEJ FOTO PERKAHWINAN TERBAIK HARI INI....... ig : @nusantaraphoto Facebook : www.facebook.com/nusantaraphoto +60133809961 whatsapp & text

email : nusantaraphotocreative@gmail.com

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page