top of page

Majlis Kahwin di Kampung atau di Bandar?

Mesti ramai yang tengah pikir nak buat majlis kahwin nanti di kampung atau pun di bandar? Sebenarnya kalau kita plan nak buat majlis kahwin, perkara pertama kebiasaanya di mana ayah ibu kita tinggal. Dan berhampiran dengan rumah. Ada juga ibu bapa tinggal di bandar tapi nak buat majlis perkahwinan di rumah nenek di kampung.


Pengalaman kami sebagai jurugambar perkahwinan sedikit sebanyak kami kongsikan di sini.


Di Bandar (Pro & Cons)


1. Selalunya pengantin akan menempah dewan majlis perbandaran (DBKL, MBSA, MBPJ...) tapi kena booking awal, maybe setahun lebih awal. Deposit akan di kenakan. Ada juga yang akan membuat majlis di hotel-hotel berhampiran, dibawah plat @ apartment dan juga di padang taman perumahan. Bergantung kepada bajet masing-masinglah. Masalah utama adalah kawasan parkir yang terhad. Tetamu terpaksa memakir di tempat yang kurang sesuai, berhadapan dengan rumah orang, kawasan parkir yang berbayar agak mahal, jauh dari dewan dan juga keselamatan kenderaan. Bantuan RELA diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.

2.Pelbagai pilihan perkhidmatan katering, wedding planner, jurugambar, make up dan lain-lain. Semestinya kita boleh memilih mana yang terbaik dan harga berpatutan.


3.Rakan-rakan sekerja di pejabat, sekolah, universiti dan jiran tempat kita tinggal akan datang meraikan majlis perkahwinan kita. Tentunya lebih meriah.


4.Masa majlis kebiasaanya bermula jam 11 pagi - 4.00 petang.


5. Untuk sesi outdoor, banyak lokasi-lokasi menarik untuk memotretkan hari bahagia pengantin. Bergantung kepada skill dan juga style photographer itu sendiri. Bagi kami mana-mana pun boleh, apa je depan mata & background boleh jadikan subjek. Lokasi outdoor terbaik di kl ini, semestinya Taman Tasik Botani Perdana, Stesen keretapi lama Kuala Lumpur, Taman Layang-Layang Metropolitan, Kepong. Kalau di Putrajaya, Semestinya jambatan Kabel Putrajaya, Masjid Besi, Kompleks Mahkamah, dan juga Taman Saujana Hijau Presint 11.


DAPATKAN PAKEJ FOTO PERKAHWINAN TERBAIK HARI INI....... ig : @nusantaraphoto Facebook : www.facebook.com/nusantaraphoto +60133809961 whatsapp & text

email : nusantaraphotocreative@gmail.com

Di kampung (Pro & Cons)


1.Majlis di buat di rumah kampung. Kebiasaanya rumah di kampung mempunyai ruang halaman yang luas cukup untuk memasang kanopi. Kawasan parkir cukup untuk tetamu meletakkan kenderaan.


2.Majlis di buat secara bergotong royong (rewang-rewang). Untuk majlis kahwin. Kebiasaanya orang kampung, jiran-jiran akan datang sehari awal sebelum majlis. Mereka akan membantu untuk persiapan majlis keesokan hari. Tapi sekarang walaupun majlis di kampung, tuan rumah lebih selesa menempah perkhidmatan katering. Kerana lebih mudah.


3.Pilihan untuk perkhidmatan butik pengantin, katering, make up, jurugambar perkahwinan agak terhad. Tetapi ramai pasangan pengantin yang sanggup menempah perkhidmatan katering, make up, jurugambar perkahwinan luar. Baru-baru ini kami ke Bandar Tenggara, Kulai, Johor untuk majlis perkahwinan Nadia & Azihanafi.

Sesi outdoor Nadia & Azihanafi di Bandar Tenggara, Kulai, Johor


4.Kalau majlis di kampung, akan terasa suasana kampung. Sebab di kampung, pasti ramai saudara mara, adik beradik, sepupu sepapat meraikan majlis perkahwinan kita.


5.Sesi outdoor di kampung, pastinya berbeza dengan lokasi di bandar, sungai, air terjun, sawah padi, hutan, kebun, jeti lama menjadi pilihan jurugambar perkahwinan untuk memotretkan hari bahagia pengantin.

Apa pun pilihan anda, majlis kahwin di kampung atau di bandar? Pasti ada pro & cons. Yang paling penting meriah dengan kehadiran tetamu.

DAPATKAN PAKEJ FOTO PERKAHWINAN TERBAIK HARI INI....... ig : @nusantaraphoto Facebook : www.facebook.com/nusantaraphoto +60133809961 whatsapp & text

email : nusantaraphotocreative@gmail.com

Jangan lupa kongsi posting ini jika bermanfaat ye, terima kasih.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page